Restu Ibu Services adalah sebuah syarikat yang menawarkan khidmat penghantaran pelbagai kenderaan dari Semenanjung Malaysia ke negeri Sabah, Sarawak, Brunei dan Wilayah Persekutuan Labuan. Syarikat kami menawarkan perkhidmatan terbaik dengan kos penghantaran terendah. Kami dipertanggungjawab membawa pelbagai jenis kenderaan seperti Mercedes, BMW, Peugeot, Ferari, Mazda, Toyota, Honda, Suzuki, Perodua, Proton dan Nissan dari syarikat-syarikat ternama kerana prestasi kami yang membanggakan. Khidmat penghantaran pelbagai kenderaan dari Semenanjung Malaysia ke negeri Sabah, Sarawak, Brunei dan Wilayah Persekutuan Labuan.

TENTANG RESTU IBU SERVICES

Restu Ibu Services (SSM : KT0476412-K) adalah sebuah syarikat yang menawarkan servis penghantaran pelbagai model kenderaan antara Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Syarikat kami menawarkan servis terbaik dengan kos penghantaran yang amat berpatutan. Kami berpengalaman membawa pelbagai model kenderaan dari syarikat-syarikat ternama kerana pengalaman dan prestasi syarikat lebih 15 tahun dalam industri ini.

SERVIS KAMI

Syarikat kami mempunyai pengalaman lebih 14 tahun dalam pengurusan penghantaran kenderaan antara Semenanjung Malaysia (Port Klang) dan East Malaysia termasuklah perlabuhan utama seperti Port Kuching dan Port Kota Kinabalu. Pihak kami juga menawarkan perkhidmatan ke destinasi lain menggunakan lori pengangkut kereta ke Sibu, Bintulu, Miri, Labuan, Sandakan, Tawau, & Lahad Datu. Kami juga bersedia menguruskan destinasi sebaliknya iaitu dari timur Malaysia ke Port Klang. Pelbagai jenis-jenis kenderaan seperti motosikal, motokar , MPV, 4WD, SUV, kereta perdagangan ringan dan berat seperti jengkaut dan lain-lain boleh dihantar dengan kami.

pexels-tima-miroshnichenko-5717640

Customer Reviews

SUHAILAH BINTI HAMZAH

t23

“Alhamdulillah car safely arrived at port klang.Thank you sir ”

ROHANA BINTI MOHD

t22

“Salam, car safely arrived last week. Thank you for the service that you provide”

KHAIRUNNISA BINTI BUSRI

t21

“Thank you Mr Syed. The car safely arrived at kuching in good condition. Thank you for your services.”

Interested to use our service?

Let’s learn on the steps of booking!

Wanted to use our service?

Have a look at our Vehicle Relocation Documentation!

Willing to know more details?

We have FAQ that is ready to answer your question!

Langkah 1: Mendapatkan Informasi


Lawati www.hantarkeretaku.com/bm untuk dapatkan harga dan tarikh pergerakan kapal atau hubungi Hotline (CALL / SMS / WHATAPPS 016 594 5949)

Langkah 2: Penempahan / Booking Now


Isi borang penempahan di https://hantarkeretaku.com/bm/?page_id=2311 (Tiada bayaran dikenakan hanya booking shipment)

Langkah 3: Sediakan Dokumen


a) Salinan Perakuan Pendaftaran Kenderaan/ Geran Kenderaan (muka surat depan & muka surat belakang)

b) Salinan IC pemilik (seperti nama pada geran kenderaan) Muka surat depan dan muka surat belakang

c) Surat Kebenaran Bank Jika kenderaan tersebut masih ada pinjaman. Sila mohon Surat Kebenaran Bank dari bank yang membiayai pinjaman kenderaan anda. Cuba minta dahulu daripada pihak bank, namun jika sukar sila sediakan Geran Kenderaan dan IC pemilik sahaja.

Langkah 4: Email Dokumen


1. Emailkan semua dokumen-dokumen tersebut ke :

hantarkereta7@gmail.com

2. Pastikan dokumen-dokumen tersebut discan dengan jelas (terutama geran kenderaan no chasis dan no enjin perlu jelas).

3. Pastikan No telefon/ No pendaftaran kenderaan / Tarikh pergerakan kapal/ Destinasi yang dingini ditulis pada tajuk email tersebut untuk rujukan kami.

4. Sila emailkan selewat-lewatnya 3 hari bekerja sebelum tarikh kapal bergerak.

Nota: Bagi yang bermasalah mendapatkan Surat Kebenaran Bank atau pihak bank lambat mengeluarkannya sila emailkan salinan geran kenderaan dan salinan ic sahaja. Kedua-dua dokumen tersebut sudah memadai untuk membuat penghantaran kenderaan tuan-puan.

Langkah 5: Makluman


Sila whatapps/sms/call Tuan Syed Nizam di talian 0165945949 untuk memaklumkan dokumen telah diemail.

Langkah 6: Urusan Kastam


Pihak syarikat akan menyiapkan urusan kastam dokumentasi serta merta sebaik dokumen diterima

Dalam tempoh ini semua pelanggan bolehlah membuat persediaan kenderaan. Terutama yang ingin membawa muatan/ barang dalam kenderaan. Rujuk syarat membawa muatan di artikel di bawah ini sebagai panduan anda.

Langkah 7: Penyerahan Kenderaan dan Pembayaran


Sila hantar kenderaan sehari atau dua hari lebih awal dari tarikh kapal bergerak ke syarikat kami

Pihak syarikat akan memberikan dokumen penghantaran/ Servey Report dan Resit Pembayaran

Semua bayaran mesti dibuat seperti berikut:

  • a) Shipment Dari P Klang Ke Sabah dan Sarawak  (Sila buat bayaran penuh semasa serahan kenderaan di Westport Port Klang)
  • b) Shipment Dari Sabah dan Sarawak ke P Klang (Sila buat bayaran penuh setelah kenderaan sampai di P Klang nanti)

Pembayaran penuh boleh dibuat malaui kaedah tunai, cheque atau pembayaran online. Jika pembayaran melalui kaedah online mohon emailkan slip pembayaran (letakkan no plat kenderaan pd email terebut) atau serahkan bukti bayaran kepada kami untuk semakan.

Langkah 8: Kapal Berlayar Ke Destinasi Pilihan Anda


Jangkamasa perlayaran bergantung kepada destinasi pilihan anda.

Sila rujuk Jadual Pergerakan Kapal untuk mengetahui jangkaan kenderaan anda tiba di kelak.

Langkah 9: Ketibaan Kenderaan di Destinasi


Urusan Kastam disiapkan oleh pihak syarikat dalam tempoh masa 1 hari bekerja setelah kenderaan tiba.

Langkah 10: Penyerahan Kenderaan Kepada Pelangan-pelangan


Pihak syarikat akan menghubungi anda untuk mengambil kenderaan yang dikirim.

Pastikan anda menerima borang kastam K3 bersama-sama kenderaan anda.

Hanya mengambil kenderaan dan tiada lagi sebarang caj lagi dikenakan.

” PIHAK SYARIKAT SENANTIASA BERHARAP SEMUA PELANGGAN BERPUAS HATI DENGAN PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN”